0

FACEBOOK TIDAK DITUTUP




FACEBOOK !! NEVER CLOSE !

Adakah ini perkara yang sebenarnya ? Jika benar kita tunggu je tarikh keramat yang akan diumumkan oleh penaung besar Facebook " Mark Zuckerberg " . Jika benar ia ditutup marilah sama-sama kita save semua perkara yang kita simpan di Facebook. Jika tidak kita akan menyesal kerana tidak lagi berpeluang melihat entri popular serta gambar kenangan yang kita miliki. Jika ia hanya ura-ura mencari publisiti kita patut berseronok kerana masih berpeluang mencari teman-teman yang telah lama kita berpisah. Banyaklah lagi entri yang bakal kita ceritakan serta menikmati gambar-gambar yang penuh bermakna.

Coretan mengenai Facebook yang bakal ditutup atau tidak semuanya disini :


ADAKALANYA IA BENAR DAN ADAKALANYA IA HANYA GOSIP PANAS. Jika sudah tersurat ia ditutup, kepada pakar-pakar laman web malaysia. Binalah laman web Facebook Malaysia sendiri. Kita masih berpeluang!!!

Sekian Terima Kasih.
Read more
0

CARA NAIKKAN TRAFIK





Trafik merupakan perkara yang sering dikejar oleh penulis blog. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan trafik idaman setiap hari. Pada saat mereka terlalu leka untuk mengejar trafik yang tinggi, mereka lupa bahawa trafik itu disumbangkan oleh pelawat yang datang berkunjung ke blog mereka. Berikut adalah beberapa tips untuk mendapatkan trafik ke blog dengan memahami trend pelawat yang datang ke blog anda.

1. JUMPA POLIS TRAFIK
Jumpalah polis trafik untuk membayar saman anda. jika tidak dah tentu polis trafik akan banyak ke rumah anda, kerana waran tangkap telah dikeluarkan. Kan kes naya je tu.

2. PERGI BALAI TRAFIK
Pergilah balai trafik untuk mengetahui saman-saman lampau yang anda pernah kena saman atau disaman oleh speed trap. Ia lebih mudah dan berkesan.



sekian terima kasih
Read more
0

Faizal Meninggal Dunia


Slot adamaya kehilangan satu lagi pelakon hebat yang senantiasa mudah didampingi Faizal Yusup atau lebih dikenali sebagai Dani.. Beliau disahkan meninggal dunia pada 01.01.2011 di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) jam lebih kurang pukul 1.45 ptg. Penerbit filem merasakan kehilangan besar seorang aktor yang serbaboleh.. Al- Fatihah buat beliau.. Amin

berita penuh :

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu. Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.
Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.
Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Kredit penuh untuk  Mstar Online..






Read more
Ai, takkan tengok je.:)

Facebook Badge

 | 
 

Pengikut

Label

Catatan Popular

FOTO BLOG Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Blogger Template by BloggerTheme